Masjid Jamek Kampung Bharu – Masjid Negara

Islam is the official religion is Malaysia while people from all walks of life are free to practice other faiths like Christianity, Hinduism and Buddhism, among others.

Majlis Silaturrahim Aidil Adha

Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Program yang tahun ke-2 diadakankan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara Ahli Jawatankuasa Masjid dengan anak kariah di samping meraikan semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kurang bernasib baik untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Seramai 2,000 orang hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 12.00 tengah hari dan berakhir sekitar jam 4.30 petang.

Program Qurban 1439H

Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 ekor Lembu dan 7 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan Ibadah Korban. Kira-kira 35 orang petugas terdiri dari pelbagai peringkat umur tua mahupun muda bersama-sama menjayakan program tersebut. Sebanyak 700 bungkus daging korban diedarkan kepada orang ramai.

Turut hadir memeriahkan program tersebut YB Rina Binti Harun , Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa. Beliau turut menyumbang seekor lembu untuk program tersebut.

Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita

Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program “Bual Bicara Bersama Ustaz Kita” bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Program berbentuk forum ini menampilkan Ahli Panel Jemputan seperti Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr Muhammad Nizam Bin Abdul Kadir, Pensyarah Universiti  Putra Malaysia serta Imam Muda Asyraf sebagai Moderator.

Bersempena Musim Haji 1439H , program bual bicara ini berkisar mengenai tajuk “Hikmah Ibadah Haji dan Korban” yang pada akhirnya pelaksanaan Ibadah Haji dan Korban menuntut pengabdian dan ketakwaan kepada Allah S.W.T

Seramai 500 orang hadir dalam program tersebut yang berakhir sekitar jam 9.30 malam.

Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu

Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu.

Summer Camp 2.0 ini merupakan lanjutan dari Summer Camp 1.0 yang lalu, di mana ia melibatkan seramai 155 orang peserta terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Kampong Bharu dan SK Jalan Raja Muda. Sesi pendaftaran pelajar telah bermula seawal jam 5.30 petang pada 20 Julai 2018.

Para peserta Summer Camp 2.0 kali ini telah dibimbing oleh 5 orang guru pakar mata pelajaran dari Negeri Selangor. Guru terbabit telah bertungkus lumus bagi membantu para peserta melengkapkan diri dengan teknik-teknik menjawap Soalan UPSR dengan tepat.

Sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, para peserta turut diuji simulasi soalan – soalan latih tubi yang meliputi semua mata pelajaran yang akan diuji dalam UPSR.

Selain daripada penekanan aspek akademik, para peserta juga turut dibimbing oleh barisan fasilitator dalam membentuk sifat kepimpinan dalam diri para peserta termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK)  bagi menguji perlaksanaan modul yang telah dirancang .

Pihak Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Pendidikan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta Summer Camp .

Program Ceramah Kesihatan

Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk ” Menyingkap Kerahsiaan Wanita , Menopause , Persediaan Mental & Fizikal ”

Pendaftaran program ini telah bermula seawal jam 8 – 9 pagi di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru.

Sesi ceramah telah bermula kira-kira jam 9:15 pagi yang mana telah disampaikan oleh Dr Norlida Bt Hj Kairon berkaitan menopause dalam kalangan wanita serta persediaan dalam menghadapi gejala ini yang meliputi persediaan mental dan fizikal.

Para peserta juga turut bersama pesakit pengidap kanser payudara dalam berkongsi pengalaman dalam meneruskan kehidupan seperti biasa.

Program kesihatan ini juga turut menyediakan pemeriksaan kesihatan khususnya pemeriksaan payudara secara percuma.

Kira-kira 100 orang peserta telah menyertai program yang cukup bermanfaat ini dan berakhir kira-kira jam 1250 tengahari

National Islamic mosque of Malaysia

The National Mosque, or Masjid Negara is the most iconic building which exudes the Islam heritage and faith among Malaysians. Located in the city centre of Kuala Lumpur this building was established in 1965 and is built to accommodate up to 15,000 people at any time. It is the official mosque of the country and plays an important role for Muslims in Malaysia.

World-class design and architecture

The National Mosque was designed by Howard Ashley, Hisham Albakri and Baharuddin Kassim which is built on top 13 acres of land that cover some very lush and beautiful landscapes. Its bold and modern design makes it one of the most amazing buildings in the country which comes with a minaret enacted up to 73-meters high and a 16-pointed star roof.

Located near to attractions in Kuala Lumpur

Masjid Negara plays an important role in establishing the Islamic culture in the country where it located not far from several other prominent buildings in Kuala Lumpur like the Sultan Abdul Samad Building, Dayabumi building, the Old KL Railway station and the very popular Dataran Merdeka. Meanwhile, the Makam Pahlawan or the Heroes’ Mausoleum is located near here which is the burial ground of some prominent figures.
From Masjid Negara, you can easily get to these places around the vicinity by foot including Central Market. If you are looking to visit places further, there are public transportation at nearby train and bus stations like KL Sentral, Pasar Seni train station and the Klang Bus Stand.

Related posts