Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jawatankuasainiditubuhkanpada 11 Julai 1996 hasi ldaripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DBP-IPT (5/96) yang diadakan di DBP cawangan Sarawak. Secara rasmi, MAPIM telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MAPIM pada 22 Mei 1997. Pelantikan ahli MAPIM dibuat oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Jawatankuasa Pemandu MAPIM yang juga, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada ketika ini MAPIM dianggotai oleh 27 anggota terdiri daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit IPTA, institut penyelidikan dan agensi kerajaan.

OBJEKTIF MAPIM

  • Berusaha meningkat dan memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia khususnya di kalangan penerbit IPTA, pusat penyelidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Mengadakan kerjasama dan penyelarasan penerbitan ilmiah dari semasa ke semasa di kalangan penerbit ilmiah Malaysia, pusatpenyelidikan, Dewan Bahasa & Pustaka dan penerbit lain yang terlibat.
  • Membina prasarana penerbitan ilmiah khususnya dari segi dasar kewangan,struktur dan organisasi editorial, pengeluaran, pemasarandanlatihan.
  • Mewujudkan rangkaian pertukaran maklumat yang berguna bagi tujuan meneliti kemajuan dan secara khusus untuk mengelakan pertindihan dan pembaziran tenaga, kepakaran, masa dan kewangan.
  • Mengadakan pertemuan dalam bentuk mesyaurat majlis dari semasa ke semasa bagi membincangkan kepentingan dan pembangunan penerbitan ilmiah.

LATAR BELAKANG ANUGERAH MAPIM

LATAR BELAKANG ANUGERAH MAPIM

Senario penerbitan ilmiah dalam kalangan ahli MAPIM telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terutama pada beberapa tahun mutakhir ini. Peningkatan kematangan penerbit ilmiah sedia ada serta penubuhan penerbit-penerbit baharu menjadi antara faktor penyumbang senario ini. Selain itu, pelbagai pendekatan, galakan dan insentif yang cuba diterap pihak pengurusan institusi pendidikan dan penyelidikan terhadap bidang penulisan telah membentuk gelombang kesedaran dan suntikan minat para ahli akademik dan penyelidik untuk menambah giat usaha penerbitan. Bagi memastikan kerancakan ini berterusan, MAPIM sebagai sebuah badan yang menaungi penerbit-penerbit ilmiah di Malaysia mengambil inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para ilmuwan dan karyawan dengan menganjurkan Anugerah MAPIM ini. Bersempena penganjuran Majlis Anugerah MAPIM 2007 yang telah diadakan pada 21 Februari 2008 bertempat di Putrajaya, mantan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dalam ucapannya menegaskan bahawa Anugerah MAPIM perlu dianjurkan setiap tahun.

KONSEP ANUGERAH MAPIM

Anugerah MAPIM merupakan anugerah tahunan yang merangkumi tiga kategori utama iaitu :

1) Kategori Anugerah Buku Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

2) Kategori Anugerah Makalah Jurnal Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

3) Kategori Anugerah Editor Naskhah Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

Pemberian anugerah MAPIM ini adalah berdasarkan hadiah atau pengiktirafan yang telah diperoleh, iaitu dengan memilih yang terbaik di dalam hasil penulisan dan profesion masing-masing.

OBJEKTIF ANUGERAH MAPIM

  • Memberi pengiktirafan kepada anggota MAPIM atas usaha mereka memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada karyawan atas sumbangan cemerlang yang diberikan dalam bidang penerbitan ilmiah.
  • Mendorong, merangsang dan menggalak ahli akademik dan penyelidik menyumbang ilmu menerusi penerbitan ilmiah imprin anggota MAPIM
  • Meningkat daya saing dalam kalangan anggota MAPIM untuk menghasilkan bahan penulisan yang berkualiti.

Anugerah Buku Negara

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2014 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berlangsung pada 10 Disember dan 11 Disember 2014 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).  Majlis penyampaian ini diadakan bersempena Ekspo Buku Malaysia yang bermula pada 10–14 Disember 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Persidangan Buku Antarabangsa pada 10–11 Disember 2014 juga bertempat di Dewan Tun Hussein Onn  anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Anugerah Buku Negara iktiraf 41 pemain industri

KUALA LUMPUR: Seramai 41 pihak industri buku tanah air termasuk pengarang, editor dan penerbit menerima pelbagai pengiktirafan sempena Anugerah Buku Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Pengarang Sabah yang juga Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write), Jasni Matlani memenangi Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Sastera, manakala dramatis dan penyair Terengganu, Wan Ahmad Ismail meraih Anugerah Buku Umum Terbaik Puisi. Sementara itu, Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) pula mengungguli dua kategori, iaitu Buku Umum Terbaik Kategori Seni Kraf menerusi karya Seni Tembikar dan Buku Umum Terbaik Kategori Suntingan (Koleksi Peribahasa China Terindah).

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut menyempurnakan majlis perasmian Ekspo Buku Malaysia 2015. Sementara itu, Mahdzir berkata, pembangunan negara bangsa bergantung kepada keupayaan masyarakat menguasai pelbagai bidang ilmu yang hanya dapat direalisasikan melalui penerbitan lebih banyak buku dalam bidang bahasa, sejarah, kebudayaan, sains dan matematik. Beliau berkata, industri buku tanah air menunjukkan perkembangan sihat terutama wujudnya pelbagai inisiatif daripada institusi, penerbit dan pengarang. “Jika dilihat secara teliti banyak bidang ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam bentuk penulisan termasuk sains, dan matematik serta bahasa, sejarah dan kebudayaan.

“Usaha sebegini amat penting dalam melonjakkan negara yang berlaku di negara maju seperti Perancis sehingga mereka berjaya menerbitkan begitu banyak buku dalam bidang sains dan teknologi,” katanya. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan; Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Hasan Hamzah; Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Maizan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Penilai Anugerah Buku Negara 2015, Prof Dr Datuk Abdul Latiff Bakar. Anugerah Buku Negara 2015 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan tenaga di sebalik tabir industri perbukuan dan memberi suntikan semangat untuk menggalakkan penghasilan karya berkualiti. Ekspo Buku Malaysia yang diadakan sehingga Ahad ini, menawarkan pelbagai judul di 150 gerai jualan buku, selain turut menampilkan Persidangan Buku Antarabangsa.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH BUKU NEGARA

Penyampai Anugerah: TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia

NO PENERIMA ANUGERAH
1 Anugerah Perdana Za’ba

Tokoh Penulis

Dato’ Baharuddin Zainal  (Baha Zain)

2 Anugerah Perdana

Tokoh Industri Buku Negara

Mr Keith Thong

University Book Store Malaysia (UBSM)

3 Anugerah Perdana

Penerbit Universiti Awam

Penerbit Universiti Putra Malaysia

4 Anugerah Perdana Aminuddin Baki

Penerbit Institusi (Agensi Kerajaan)

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

5 Anugerah Perdana

Rangkaian Kedai Buku Terbaik

Kedai Buku 1Malaysia

6 Anugerah Perdana

Produk Inovatif (Perintis Artecha)

Dato’ Ahmad Radzi Yahaya

Servco Resources Sdn Bhd

7 Anugerah Perdana

Penerbit Best Seller

Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

8 Anugerah Perdana

Tokoh Penerbit Muda

Hani Fazuha (Zunaidah Zakaria)

Idea Kreatif Publication

9 Anugerah Perdana

Penerbit Nusantara

Jabatan Mufti Kerajaan

Jabatan Perdana Menteri

Negara Brunei Darussalam

10 International Publisher

(Category: e-Book Archive)

Mr Sanjay Salil

Mediaguru, India

11 Anugerah Perdana

Buku Mewah Terbaik

(Kategori Sejarah)

Judul: The Pasai Chronicle

Penterjemah:  Russell Jones

Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

ISBN: 978-983-068-727-8

12 Anugerah Perdana

Kategori Tajaan Korporat

(Pemulihara Alam Sekitar)

Tenaga Nasional Berhad

Judul (Buku Tajaan): The Mysterious & Magical Worls of Fireflies, Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Penulis:  Hajah Embon Abdullah

Penerbit: Ebiza Sdn Bhd

ISBN: 978-983-3705-08-5

13 Seni Mushaf Terbaik

Judul: Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

Penerbit: Yayasan Restu

14 Buku Umum Terbaik

(Kategori Bahasa)

Judul: Memahami Komunikasi Orang Pekak

Penulis: Abdullah Yusoff

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-46-1571-0               

15 Buku Umum Terbaik

(Kategori Kejuruteraan)

Judul: Theory of Structures

Penulis: Taksiah A. Majid, Choong Kok Keong & Mustafasanie M. Yussof

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia

ISBN: 978-983-861-567-9

16 Buku Umum Terbaik

(Kategori Fotografi)

Judul: Unique Diversity Behind the Dreams: Relevant, Unique and Different

Penyunting: Prof Dr. Nik Maheran Nik Mohamad

Penerbit: Penerbit UMK, Universiti Malaysia Kelantan

ISBN: Tiada

17 Buku Umum Terbaik

(Kategori Pengurusan)

Judul: Sistem Pengurusan Tatatertib di Tempat Kerja

Penyunting: Samihah Khalil

Penerbit: UUM Press, Universiti Utara Malaysia

ISBN: 978-967-0474-45-8

18 Buku Umum Terbaik

(Kategori Khazanah Warisan)

Judul: Keropok Lekor Terengganu

Penulis: Noraien Mansor

Penerbit: Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu

ISBN: 978-968-0524-35-1

19 Buku Umum Terbaik

(Kategori Kesihatan)

Judul: Summary of Readings in Neurosurgery

Penyunting: Jafri Malin Abdullah

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia

ISBN: 978-983-861-601-0

20 Buku Umum Terbaik

(Kategori Kaunseling dan Psikoterapi)

Judul: Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi

Penulis: Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir

Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

ISBN: 978-967-412-196-9

21 Buku Umum Terbaik

(Kategori Biografi Korporat)

Judul: MYDIN Di Sebalik Tabir

Penulis: Datin Dr Hjh. Siti Hawa Mohd.

Penerbit: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-5997-65-5

22 Buku Umum Terbaik

(Kategori Korporat)

Judul: IIUM: The Premier Global Islamic University

Penyunting: Zaleha Kamaruddin & Abdul Rashid Moten

Penerbit: IIUM Press, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ISBN: 978-967-418-270-0

23 Buku Umum Terbaik

(Kategori Industri dan Komoditi)

Judul: The Legacy of Mardec: Origin, Development and Contributions to the Natural Rubber Industry

Penulis: Jeyaraj C. Jayarao

Penerbit: Penerbit Universiti Malaya (UM Press)

ISBN: 978-983-100-585-9

24 Buku Umum Terbaik

(Kategori Peradaban)

Judul: Minda Melayu Global

Penyusun: Mohd Yusof Hasan

Penerbit: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

ISBN: 978-983-3759-92-7

25 Buku Umum Terbaik

(Kategori Kajian Sejarah Malaysia)

Judul: Gerakan Politik Melayu 1945-1957

Penulis: Ramlah Adam

Penerbit: Unit Penerbitan, Universiti Malaysia Perlis

ISBN: 978-967-5415-65-4

26 Buku Umum Terbaik

(Kategori Teknologi Pertanian)

Judul: Rahsia & Keunikan Gaharu

Penulis: Fatmawati Adam, Saiful Nizam Tajuddin & Joharizal Johari

Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Pahang

ISBN:  978-967-0120-44-7

27 Buku Umum Terbaik

(Kategori Bahasa Arab)

Judul: Diwanial-Rahhalalibni Jubair al-Andalusi Wama Wasal Iiayna Min Nathrih

Penulis: Munjit MustafaBahjat

Penerbit: IIUM Press, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ISBN:  978-967-418-25-19

28 Buku Puisi Terbaik  GAPENA

Judul: Lantera Zaman: Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan

Penyelenggara: Hamzah Hamdani

Penerbit: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)

ISBN: 978-967-10971-5-1

29 Buku Umum Terbaik GAPENA

(Kategori Autobiografi)

Judul: Mengharungi Cabaran Meniti Kejayaan: Sebuah Antologi Motivasi

Penyelenggara: Abdul Latiff Abu Bakar

Penerbit: Lembaga Bahasa Melayu, Melaka (Gabungan GAPENA)

ISBN: 978-967-11628-0-4

30 Buku Umum Terbaik

(Kategori Sejarah Islam)

Judul: 313 Pahlawan Perang Badar: Kompilasi Kisah Perang Yang Benar

Penulis: Ahmad Lutfi Abdul Wahab al-Linggi

Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-5549-28-1

31 Buku Umum Terbaik

(Kategori Motivasi)

Judul: Allah is Calling

Penulis: Zainudin Hashim

Penerbit: Kemilau Publika Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-361-013-6

32 Novel Terbaik

Judul: Mutiara Hatiku Raflesia

Penulis: Bill Bora

Penerbit:  Idea Kreatif Publication

33 Kulit Novel Terbaik

Judul: Mutiara Hatiku Raflesia

Penulis: Bill Bora

Penerbit:  Idea Kreatif Publication

ISBN: 978-967-0718-10-1

 Tarikh  : 11 Disember 2014

Penyampai Anugerah : YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

                                        Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5

NO KATEGORI ANUGERAH
1 Anugerah Perdana Tun Sri Lanang

Tokoh Buku Negara

Tun (Dr.) Abdullah Ayub, SSM, SPMJ, PMN, SPCM, DPMJ, PSM, PGDK, DPCK, DPSK, DPMT, JMN, KMN

2 Buku Umum Terbaik

(Kategori Islamik)

Judul: Pemikiran Islam: Aliran & Gagasan

Penulis: Ramli Awang

Penerbit: Penerbit UTM Press

ISBN: 978-983-52-0838-6

3 Buku Umum Terbaik

(Kategori Seni Bina)

Judul: Pemikiran Seni Bina Islam Moden di Dunia & Malaysia

Penulis: Nangkula Utaberta & Mohamad Tajudin Mohamad Rasdi

Penerbit: Penerbit UTM Press

ISBN: 978-983-52-0867-6

4 Buku Umum Terbaik

(Kategori Islam dan Sains)

Judul: Islamic Scientific Tradition in History

Penulis: Alparslan Acikgenc

Penerbit:  Penerbit IKIM

ISBN: 978-9-832-63657-1

5 Buku Umum Terbaik

(Kategori Ekonomi)

Judul: An Islamic Paradigm in Economics: Vision and Mission

Penulis: Nik Mustapha Hj. Nik Hassan

Penerbit: Penerbit IKIM

ISBN: 978-983-2636-74-8

6 Buku Umum Terbaik

(Kategori Pendidikan)

Judul: Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia Dunia Sains & Teknologi

Penulis: Zulikha Jamaludin & Husniza Husni

Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia

ISBN: 978-967-344-383-3

7 Buku Umum Terbaik

(Kategori Puisi)

Judul: Jatuh ke Laut Menjadi Pulau: Jilid 1          Sajak-Sajak Lengkap Muhammad Haji Salleh

Penulis: Prof. Muhammad Haji Salleh

Penerbit:  Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM)

ISBN: 978-967-430-397-6

8 Buku Umum Terbaik

(Kategori Sains)

Judul: Atmosphere and Ocean: An Introduction to Marine Science

Penulis: Than H. Aung, Madihah Jafar Sidik, Ejria Saleh & Muhammad Ali S. Hussein

Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Sabah

ISBN: 978-967-5224-99-7

9 Buku Umum Terbaik

(Kategori Teknikal)

Judul: Principles in Water Analysis for Environmental Science

Penulis: Mohd Harun Abdullah

Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Sabah

ISBN: 978-967-5224-92-8

10 Buku Umum Terbaik

(Kategori Siasah)

Judul: Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957

Penulis: Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A. Aziz

Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

ISBN: 978-967-430-298-6

11 Buku Umum Terbaik

(Kategori Undang-Undang)

Judul: Nikah Sindiket di Malaysia

Penulis:  Intan Nadia Ghulam Khan, Hasnizam Hashim, Haliza A. Shukor & Nabilah Yusof

Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia

ISBN: 978-967-0393-40-7

12 Buku Umum Terbaik

(Kategori Perisian Multimedia)

Judul: Adobe Flash CS5 Professional Includes Exercise Files and Training Videos

Penulis:  Norasiken Bakar & Faaizah Shahbodin

Penerbit: Penerbit Universiti,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

ISBN: 978-967-0257-19-8

13 Buku Umum Terbaik

(Kategori Biografi Umum)

Judul: Dato’ Dr. Hassan Ahmad:  Cendekiawan Melayu Terulung

Penulis: Nor Azuwan Yaakob

Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia

ISBN: 978-967-344-330-7

14 Buku Umum Terbaik

(Kategori Travelog Islamik)

Judul: Bersamamu di Firdaus

Penulis: Muhd Kamil Ibrahim

Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

ISBN: 978-9830-9746-20

15 Buku Terjemahan Terbaik

(Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris)

Judul: A Transformation Journey: 55 Tips on Personal and Career Excellence

Penulis: Mohd Jailani Mohd Nor

Penerbit: Penerbit Universiti,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

ISBN: 978-967-0257-26-6

16 Buku Umum Terbaik (Kategori Pemikir Islam Kontemporari)

Judul: Issues in Islamization of Human Knowledge

Penulis: Muhammad Mumtaz Ali

Penerbit: IIUM Press, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ISBN: 978-967-0257-26-6

17 Buku Seni Terbaik (IPTA)

Judul: Ijtihad – Kumpulan Esei-Esei Seni

Penulis: Safrizal Shahir

Penerbit: Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia

ISBN: 978-967-0226-10-1

18 Buku Seni Terbaik (AWAM)

Judul: Naratif Seni Rupa Malaysia –

Jilid 1: Menanggap-Identiti

Penulis: Nur Hanim Khairuddin

Penerbit: RoqueArt

ISBN: 978-967- 10011-2-7

19 Buku Remaja Terbaik

Judul: Kisah Wanita di Dalam Al-Quran

Penulis: Najwa Husein Abd Aziz & Othman Ramli

Penerbit: Sarjana Media Sdn. Bhd.

ISBN: 978-983-3786-35-0

20 Buku Kanak-Kanak Terbaik

Judul: Puisi Kanak-Kanak: Ayam Berkokok

Penulis: Nawawee Mohammad

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-46-1969-5

21 Naskhah Terbaik

Judul: Mantik dan Etnomantik

Penulis: Prof. Madya Dr. Rofa bin Ismail

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN: 978-983-461-134-7

22 Ilustrasi Terbaik

Judul: Buku Cerita Pelangi Kasih

Penulis: Azuji Buyong

Penerbit: Little Sun Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-324-636-6

23 Ilustrasi Terbaik

(Kulit Buku Seni)

Judul: Kailash

Ilustrator: Khairul Azmi Shoib (Meme)

Penerbit: Oyez! Art & Books

ISBN: 978-967-525-082-8

24

 

Reka Seni Grafik Terbaik

Judul: With Knowledge We Serve

Penulis: Mohamed Shariff Mohamed Din, Samsilah Roslan, Jayakaran Mukundan
& Zulkifli Idrus

Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia

ISBN: 978-967-344-302-4

25 Penulis Terbaik

(Kategori Produk Inovatif)

Prof. Madya Md Arris bin Abu Yamin

26 Penulis Terbaik

(Kategori Buku Islamik)

27 Penulis Terbaik

(Kategori Buku Motivasi)

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

28 Penulis Prolifik

Prof. Dr. Mohd. Tajudin bin Mohd. Rasdi

29 Anugerah Khas

Penulis Veteran

Encik Ismas bin Saring

30 Penyunting Terbaik

Dr Hajah Wan Patanah binti Wan Yusoff

31 Editor Naskhah Terbaik

Puan Raba’ah binti Jaafar

32 Novel Terlaris

Judul: Bila Hati Berbicara

Penulis: Antasya Balkis

Penerbit: Buku Prima Sdn. Bhd.

ISBN: 978-983-3669-34-9

33 Novelis Terbaik

Penerima: Evelyn Rose

Judul: 13 Jam A380

Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.

ISBN: 978-967-0246-53-6

34 Rakan Bestari DBP

Jabatan Perikanan Malaysia

35 Persatuan Bestari DBP

Persatuan Penterjemah dan Penulisan Keratif (PERSPEKTIF)

Share:

More Posts

Malaysia Holidays 2021

January 1 January – New Year’s Day (National) – Celebrated nationwide except Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu and Perlis 14 January – Birthday of the YDPB

Redang Diving Guide

The sultry blue surrounding Malaysia is home to a wealth of fantastical dive sites teeming with exotic marine life. Situated in relatively shallow waters and

Smurf Inn

Smurf Inn is one of the unique hotels offering affordable accommodation in Cameron Highlands. Smurf Inn Homestay Room Offering a total of 26 rooms, this